Nur Syahadah




Tika terbuka hari
Cahaya yang cerah
Menerangi hatimu
Mulus terbias di wajah

Kau sambut dengan redha
Hadirnya hidayah
Nekad pendirian terungkai kalimah

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Sejernih embun pagi
Sebersih dirimu
Tanpa dicemari walaupun sebutir debu
Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya
Iringan doaku moga kau bahagia

Akan ku bimbingmu
Sekadar yang ku termampu
Menyemai iman dan menuai takwa
Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
Cukuplah sekadar teman yang biasa

Nur Syahadah menyinar kalbu
Murni seharum namamu
Hadirnya dicelahan
Kekalutan kalbumu itu

Nur Syahadah telah tertulis
Pada waktu dan juga takdir
Di antara seribu engkau yang terpilih

Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu…

hanya itu yang ku mampu


syukur kini aku berada di semester ke 3. kesedihan semester lepas terus melanda. walaupun ada rakan2 yang sedar akan kesedihan ini, mereka terus menasihati aku untuk terus kuat. Ku mengharapkan sesuatu, mengapa sukar untuk aku melupakan dia. Kenapa setiap kali aku gembira dia hadir untuk mengimbau kenangan ini. Mengapa rakan ku sendiri tidak mengerti perasaan aku, kenapa wanita lebih penting dari persahabatan. Mungkin aku salah kerana aku cuba mengelak wahai sahabat tetapi itu yang termampu aku lakukan. Aku x mampu untuk melalui semua itu. aku bersyukur menjadi MPP kerana MPP aku berjaya tenang selama sebulan. walaubagai manapun bagai mana aku nak hadapai satu semester. Kenapa tiada wanita yang aku jumpa seperti dia? apakah salah ku???????????


YA Allah ampunilah dosaku. Sesungguhnya aku telah banyak melakukan maksiat kepadaMu. Moga keberkatan dan rahmat dariMu aku dapat meneruskan pengajian ini.