keajaiban

aku perlukan keajaiban dalam keadaan sekarang
aku tak boleh nak berterus terang dengan dia
kerana itu aku hanya boleh mengharapkan satu keajaiban akan
berlaku.

harpaan yang besar sangat agar semua ini menjadi satu
kenyataan.
kita tak pasti apa yang akan berlaku
tetapi kita berusaha kearah yang lebih baik

aku tahu semua ini suatu yang tiba-tiba
tetapi itulah yang berlaku
sukar dipastikan mengapa
tetapi hati manusia itu pelbagai

aku tidak mahu berterus terang kerana
tidak mahu disamakan dengan dia
yang mudah sangat meluahkan rasa walaupun tidak pasti

aku hanya mengharapkan kau faham yang aku rasa
teruskan persahabatan
moga kasih sayang disampingnya

Mungkinkah kembali kepada blog?

Suatu yang masih tidak pasti, aku kini mempertimbangkan untuk kembali berblog setelah beberapa hari meng'deactive'kan akaun facebook aku. yang pasti ramai tertanya-tanya mengapa aku berbuat sedemikian.

FYI, aku pun tak pasti kenapa aku berbuat demikian. walau kini aku merasakan kehidupanku kini kosong tanpa FB, hidup perlu diteruskan. aku tak cukup kuat untuk menghadapi dan melihat apa yang berlaku di facebook. aku perlu tidak tahu, perlu tidak peduli akan dia agar aku dapat menghadapi hari-hari akan datang terutamanya di hujung semester.

Sejujurnya sukar untuk memastikan apa yang kau rasa dan apa yang aku lakukan. Walaupun aku tak pernah mahu belajar apa itu redho apa itu pasrah, hanya Allah s.w.t tempat ku bergantung. Aku tahu aku ego kerana hanya memendam rasa, tapi itulah yang terbaik demi hubungan sebuah persahabatan.

Mungkinkah kembali kepada blog?

aku mempertimbangkan.....