lihatlah kanak2 ini......

22 NOV 2010, the battle begins.

AUTOMATION

ADAPTIVE CONTROL SYSTEM

ELECTROMAGNETIC THEORY

UNIVERSITY ENGLISH

MECHATRONIC SYSTEM DESIGN

*************************************************************************************

aku x bersedia. Bagaimana yang dikatakan bersedia aku pon x tau. walaubagaimana pn ketika ak menjengah FB, ak ternampak satu album yang amat menyentuh jiwa.
korang cuba tengak dulu gambar2 nie. Apakah pendapat korang?

CHINA KIDS LIFE



kanak2 ini bermain sambil ibu bapa mereka sedang bekerja. kawasan yang kotor dan berhabuk pasti memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka.


mereka bermain walaupun diikat dengan getah


dia menangis kerana ditinggalkan berseorangan


mereka diikat dengan getah oleh ibu bapa mereka agar tidak dapat melarikan diri.




kanak2 ini di ikat dengan besi ketika bapanya yang bekerja sebagai pembawa beca.

Cuba kita lihat perjalan seorang kanak2 di Malaysia:

seawal 5 tahun = taska
7-12 tahun = sekolah rendah
13-17 tahun= sekolah menengah
18-23 tahun= pengajian tinggi

rata2 di malaysia seorang pemuda yang berumur 23 tahun sudah mendapat segulung ijazah/ diploma atau sekurang2nya sijil kemahiran. tetapi jika kita kita melihat kanak2 china seperti didalam gambar diatas, masa depan mereka bagaikan begitu gelap. mereka hanya akan menyambung pekerjaan warisan yang di tinggalkan oleh keluarga mereka. tiada satu perubahan dalam ekonomi keluarga.
namun itu bukan lah motif utama yang aku ingin sampaikan, sepatutnya kita berasa bersyukur dan berusaha tanpa jemu kerana kita sudah mendapat semua kemudahan dan peluang dalam memberi sedikit perubahan kepada diri dan keluarga.

************************************************************************************

BE COOL!

WATEVA TOMORROW IT JUST PAPERS WITH BLACK INK PRINTED.

7 Cara Meningkatkan Kebahagian

salam semua,
7 cara meningkatkan kebahagian diri itulah tajuk posting kali ini.
Kebahagian boleh dikatakan sebagai kegembiraan.

Gembirakah anda dengan hidup anda sekarang?

Ramai diantara kita mungkin tidak bahagia kerana putus cinta, hidup susah & sebagainya, dan mungkin juga mereka sendiri merasakan mereka sudah cukup bahagia tetapi dia apa yang patut digembirakan.

7 tips meningkatkan rasa kegembiraan ini diambil dari sebuah website yang baru aku jumpa iaitu Productive Muslim. Aku pun first time la dengar website ini. itu pun secara tidak sengaja. walaubagaimana pun perbincangan yang dilakukan oleh website ini amat baik. mereka cuba memberi kita sedikit idea bagaimana menjadi seorang muslim yang benar2 produktif.


Berikut adalah 7 perkara yang kita perlu lakukan dalam mencari kebahagian haqiqi:
  1. sentiasa bersyukur - dalam kehidupan kini ramai manusia tidak pernah ada rasa cukup walaupun harta sudah bertimbun2. dengan adanya rasa syukur, ia akan mengubah perspektif hidup kita ke arah lebih baik.
  2. bersedekah - dengan melakukan sedikit amal jariah, hati kita akan rasa lebih tenang dan senang. di kala dapat menghulurkan tangan membantu orang yang kurang bernasib baik, ia dapat memupuk rasa syukur juga di atas rezeki yang diberikan.
  3. memelihara hubungan sesama manusia - dalam konteks perhubungan sosial juga perlulah dipelihara. seandainya kita mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang hidup ini akan bertambah ceria dan tenang.
  4. belajar memaafkan - bukan mudah untuk memaafkan kesalahan orang tetapi kita perlu berusaha untuk memafkan kesilapannya. disarankan setiap hari sebelum tidur kita memaafkan semua orang.
  5. percaya kepada Allah - selalunya bila kita berada dalam keadaan yang susah dan memerlukan pertolongan barulah kita ingat kepada Allah tetapi bila kita senang kita lupakan Nya.
  6. solat & zikir - seperti mana yang kita tahu, solat adalah tiang agama. sesungguhnya dengan solat itu akan membuatkan hati kita ini lebih tenang.
  7. hidup dengan matlamat - matlamat hidup ini penting kerana ia akan menetapkan arah tuju dan apa yang kita harus lakukan dalam hidup kita. sebagai contoh matlamat seorang mahasiswa ke universiti itu adalah untuk mendapat segulung ijazah. dengan ada matlamat ini kita akan lebih bermotivasi tetapi jika kita tiada matlamat, itulah yang terjadi pelbagai masalah sosial dan displin dikalangan mahasiswa.
diharapkan kita dapat menjadi seorang muslim yang produktif.
seandainya ada salah silap sila perbetulkan ye~

Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi



Assalamualaikum,
Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi sekali kita bertemu dengan penghulu segala hari, iaitu Jumaat. Moga kita akan terus dirahmati dan di berkati dalam setiap perkara yang dilakukan dan terhindar daripada segala maksiat. Jangan lupa pergi solat jumaat pulak yang lelaki tue.....

*****************************

Maaflah nak ceramah panjang-panjang pun ilmu di dada tidaklah sehebat mana.Jadi disini hanya sedikit amalan yang mungkin kita boleh amalkan bersama. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa doa suami isteri kau posting ?
Almaklumlah semua dah besar panjangkan, pastu ramai yang sudah berkasih sayang. Jadi apa salahnya nak kongsi doa ini. :P
Lagi pun nak posting yang berat-berat nanti ramai yang kurang nak berminat, orang muda la katakan.


********************************

Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi


اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِين

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan

Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.


************************


Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Kalau ada silap salah kongsikan lah ye, im not really expert......

BersEdiAkah KIta?


-kan bes klu exam objektif-

salam kepada semua,
hari ini update aku sudah bersediakah kita?
bersedia ape? hah! itu kita x tahu.
hahhaa
actually ianya menjurus kepada peperiksaan akhir semester yang
bakal kunjung tiba 22 nov 2010 nie.
secara jujurnya, aku masih tidak bersedia.
kenapa tidak?
hah! itu kita x tahu.
jadi disini nak share la sedikit tips ngn kawan2 semua.
kepada yang duk sibuk2 mengulangkaji pelajaran tue boleh la try tips2 nie, kalau ade tips tambahan pun leyh share juga.

tips menghadapi peperiksaan

1. sentiasa bersikap postif - hah! yang ini agak penting, walau apa pun berlaku teruslah menjadi seorang yang positif. tak yah duk fikir lah apa result sem lepas. sem ni, sem ni punye ceritera.lagi satu kalau boleh kita rancang skit apa yang kita nak ulangkaji agar die lebih teratur.
2. bijak dalam merancang - hah! nak ulangkaji nie kena bijak skit, orang kata 'study smart' bukan 'study hard'.mungkin korang kalau rasa macam malas2 sangat tue x yah la duk baca je nota kuliah tue kan. apa kate download soalan2 tahun2 lepas, kot2 rezeki soalan sama.
3. jaga kesihatan - hah!yang ini penting. tido kita kena cukup. pastu bila nak dekat2 tue jangan la asyik tido lewat je. bukan apa kita kena 'tuning' balik la otak kita supaya ia dapat beroperasi pada waktu yang betul. nanti masuk dewan, biol plak!. lagi satu kepada yang berpacaran tu elak2kan la pergaduhan nanti kesihatan mental terganggu plak.ok? lagi satu untuk elakkan sebarang penyakit macam selsema tue. seorang sahabat yang bakal menjadi seorang doktor, dayang anis asyikin bagi tahu kalau nak exam nie amik la vitamin C lebih skit (boleh cuba).
4. banyakkan berdoa - hah! yang ini bila kita dah berusaha semua2, kena la tawakal kepada Allah s.w.t.Usaha sahaja xkan dapat jugak kalau Dia x beri. Sesungguhnya semua itu datang dariNya. kita hanya mampu berusaha

Hah! itu lah skit tip daripada aku. jadi kalau ada tambahan leyh la kongsi....
moga kita semua berjaya dan semoga kejayaan menjadi milik bersama.

Bawah nie saje la nak share jadual exam aku skit, sebab buat kali pertama setelah 4 tahun di UniMAP, aku akan menduduki peperiksaan di waktu malam. macam masyuk je.....

KoreAn DramA

lama da x posting yang berunsurkan sharing....
arinie aku nak share ngn korang pasal
korean series~

korang mesti pelik kenape aku tgk cte korea plak~
haahhaha ;D aku pon x tau kenape mungkin korea drama nie
die nye attraction tue power la kot.
first cte yang ak tgk ialah My Girl
yang dikongsikan oleh seorang sahabat, zhafikha rashid.
sejak tue banyak gak la yang aku da khatam ^_^.
kalau korang semua nak aku suggest nak tgk cte ape
ak suggest boys over flower. bagi aku cte mantap.

sekarang nie aku da berubah ke series yang len plak.
untuk pertama kali aku tgk drama korea yang cerita macam
ade unsur magis. ini la cte die :


cte nie kat korea baru je abis bulan lepas,
so kire macam cerita fresh lagi la jugak~
runaway: plan B, ini plak yang baru aku start tgk
cerita ala2 james bond. lakonan 'hujan' :P



ok skit2 sudah la ok...
nak cte lebeyh2 pon mcm x bes gak kan
so pe kate korang tgk sendiri....
ok.