Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi



Assalamualaikum,
Alhamdullillah syukur ke hadrat Illahi sekali kita bertemu dengan penghulu segala hari, iaitu Jumaat. Moga kita akan terus dirahmati dan di berkati dalam setiap perkara yang dilakukan dan terhindar daripada segala maksiat. Jangan lupa pergi solat jumaat pulak yang lelaki tue.....

*****************************

Maaflah nak ceramah panjang-panjang pun ilmu di dada tidaklah sehebat mana.Jadi disini hanya sedikit amalan yang mungkin kita boleh amalkan bersama. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa doa suami isteri kau posting ?
Almaklumlah semua dah besar panjangkan, pastu ramai yang sudah berkasih sayang. Jadi apa salahnya nak kongsi doa ini. :P
Lagi pun nak posting yang berat-berat nanti ramai yang kurang nak berminat, orang muda la katakan.


********************************

Doa Agar Suami dan Isteri Saling Mengasihi


اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِين

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan

Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.


************************


Dipetik daripada Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari, Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Kalau ada silap salah kongsikan lah ye, im not really expert......

0 comments:

Post a Comment