7 Cara Meningkatkan Kebahagian

salam semua,
7 cara meningkatkan kebahagian diri itulah tajuk posting kali ini.
Kebahagian boleh dikatakan sebagai kegembiraan.

Gembirakah anda dengan hidup anda sekarang?

Ramai diantara kita mungkin tidak bahagia kerana putus cinta, hidup susah & sebagainya, dan mungkin juga mereka sendiri merasakan mereka sudah cukup bahagia tetapi dia apa yang patut digembirakan.

7 tips meningkatkan rasa kegembiraan ini diambil dari sebuah website yang baru aku jumpa iaitu Productive Muslim. Aku pun first time la dengar website ini. itu pun secara tidak sengaja. walaubagaimana pun perbincangan yang dilakukan oleh website ini amat baik. mereka cuba memberi kita sedikit idea bagaimana menjadi seorang muslim yang benar2 produktif.


Berikut adalah 7 perkara yang kita perlu lakukan dalam mencari kebahagian haqiqi:
  1. sentiasa bersyukur - dalam kehidupan kini ramai manusia tidak pernah ada rasa cukup walaupun harta sudah bertimbun2. dengan adanya rasa syukur, ia akan mengubah perspektif hidup kita ke arah lebih baik.
  2. bersedekah - dengan melakukan sedikit amal jariah, hati kita akan rasa lebih tenang dan senang. di kala dapat menghulurkan tangan membantu orang yang kurang bernasib baik, ia dapat memupuk rasa syukur juga di atas rezeki yang diberikan.
  3. memelihara hubungan sesama manusia - dalam konteks perhubungan sosial juga perlulah dipelihara. seandainya kita mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang hidup ini akan bertambah ceria dan tenang.
  4. belajar memaafkan - bukan mudah untuk memaafkan kesalahan orang tetapi kita perlu berusaha untuk memafkan kesilapannya. disarankan setiap hari sebelum tidur kita memaafkan semua orang.
  5. percaya kepada Allah - selalunya bila kita berada dalam keadaan yang susah dan memerlukan pertolongan barulah kita ingat kepada Allah tetapi bila kita senang kita lupakan Nya.
  6. solat & zikir - seperti mana yang kita tahu, solat adalah tiang agama. sesungguhnya dengan solat itu akan membuatkan hati kita ini lebih tenang.
  7. hidup dengan matlamat - matlamat hidup ini penting kerana ia akan menetapkan arah tuju dan apa yang kita harus lakukan dalam hidup kita. sebagai contoh matlamat seorang mahasiswa ke universiti itu adalah untuk mendapat segulung ijazah. dengan ada matlamat ini kita akan lebih bermotivasi tetapi jika kita tiada matlamat, itulah yang terjadi pelbagai masalah sosial dan displin dikalangan mahasiswa.
diharapkan kita dapat menjadi seorang muslim yang produktif.
seandainya ada salah silap sila perbetulkan ye~

0 comments:

Post a Comment