BersEdiAkah KIta?


-kan bes klu exam objektif-

salam kepada semua,
hari ini update aku sudah bersediakah kita?
bersedia ape? hah! itu kita x tahu.
hahhaa
actually ianya menjurus kepada peperiksaan akhir semester yang
bakal kunjung tiba 22 nov 2010 nie.
secara jujurnya, aku masih tidak bersedia.
kenapa tidak?
hah! itu kita x tahu.
jadi disini nak share la sedikit tips ngn kawan2 semua.
kepada yang duk sibuk2 mengulangkaji pelajaran tue boleh la try tips2 nie, kalau ade tips tambahan pun leyh share juga.

tips menghadapi peperiksaan

1. sentiasa bersikap postif - hah! yang ini agak penting, walau apa pun berlaku teruslah menjadi seorang yang positif. tak yah duk fikir lah apa result sem lepas. sem ni, sem ni punye ceritera.lagi satu kalau boleh kita rancang skit apa yang kita nak ulangkaji agar die lebih teratur.
2. bijak dalam merancang - hah! nak ulangkaji nie kena bijak skit, orang kata 'study smart' bukan 'study hard'.mungkin korang kalau rasa macam malas2 sangat tue x yah la duk baca je nota kuliah tue kan. apa kate download soalan2 tahun2 lepas, kot2 rezeki soalan sama.
3. jaga kesihatan - hah!yang ini penting. tido kita kena cukup. pastu bila nak dekat2 tue jangan la asyik tido lewat je. bukan apa kita kena 'tuning' balik la otak kita supaya ia dapat beroperasi pada waktu yang betul. nanti masuk dewan, biol plak!. lagi satu kepada yang berpacaran tu elak2kan la pergaduhan nanti kesihatan mental terganggu plak.ok? lagi satu untuk elakkan sebarang penyakit macam selsema tue. seorang sahabat yang bakal menjadi seorang doktor, dayang anis asyikin bagi tahu kalau nak exam nie amik la vitamin C lebih skit (boleh cuba).
4. banyakkan berdoa - hah! yang ini bila kita dah berusaha semua2, kena la tawakal kepada Allah s.w.t.Usaha sahaja xkan dapat jugak kalau Dia x beri. Sesungguhnya semua itu datang dariNya. kita hanya mampu berusaha

Hah! itu lah skit tip daripada aku. jadi kalau ada tambahan leyh la kongsi....
moga kita semua berjaya dan semoga kejayaan menjadi milik bersama.

Bawah nie saje la nak share jadual exam aku skit, sebab buat kali pertama setelah 4 tahun di UniMAP, aku akan menduduki peperiksaan di waktu malam. macam masyuk je.....

KoreAn DramA

lama da x posting yang berunsurkan sharing....
arinie aku nak share ngn korang pasal
korean series~

korang mesti pelik kenape aku tgk cte korea plak~
haahhaha ;D aku pon x tau kenape mungkin korea drama nie
die nye attraction tue power la kot.
first cte yang ak tgk ialah My Girl
yang dikongsikan oleh seorang sahabat, zhafikha rashid.
sejak tue banyak gak la yang aku da khatam ^_^.
kalau korang semua nak aku suggest nak tgk cte ape
ak suggest boys over flower. bagi aku cte mantap.

sekarang nie aku da berubah ke series yang len plak.
untuk pertama kali aku tgk drama korea yang cerita macam
ade unsur magis. ini la cte die :


cte nie kat korea baru je abis bulan lepas,
so kire macam cerita fresh lagi la jugak~
runaway: plan B, ini plak yang baru aku start tgk
cerita ala2 james bond. lakonan 'hujan' :P



ok skit2 sudah la ok...
nak cte lebeyh2 pon mcm x bes gak kan
so pe kate korang tgk sendiri....
ok.

keajaiban

aku perlukan keajaiban dalam keadaan sekarang
aku tak boleh nak berterus terang dengan dia
kerana itu aku hanya boleh mengharapkan satu keajaiban akan
berlaku.

harpaan yang besar sangat agar semua ini menjadi satu
kenyataan.
kita tak pasti apa yang akan berlaku
tetapi kita berusaha kearah yang lebih baik

aku tahu semua ini suatu yang tiba-tiba
tetapi itulah yang berlaku
sukar dipastikan mengapa
tetapi hati manusia itu pelbagai

aku tidak mahu berterus terang kerana
tidak mahu disamakan dengan dia
yang mudah sangat meluahkan rasa walaupun tidak pasti

aku hanya mengharapkan kau faham yang aku rasa
teruskan persahabatan
moga kasih sayang disampingnya

Mungkinkah kembali kepada blog?

Suatu yang masih tidak pasti, aku kini mempertimbangkan untuk kembali berblog setelah beberapa hari meng'deactive'kan akaun facebook aku. yang pasti ramai tertanya-tanya mengapa aku berbuat sedemikian.

FYI, aku pun tak pasti kenapa aku berbuat demikian. walau kini aku merasakan kehidupanku kini kosong tanpa FB, hidup perlu diteruskan. aku tak cukup kuat untuk menghadapi dan melihat apa yang berlaku di facebook. aku perlu tidak tahu, perlu tidak peduli akan dia agar aku dapat menghadapi hari-hari akan datang terutamanya di hujung semester.

Sejujurnya sukar untuk memastikan apa yang kau rasa dan apa yang aku lakukan. Walaupun aku tak pernah mahu belajar apa itu redho apa itu pasrah, hanya Allah s.w.t tempat ku bergantung. Aku tahu aku ego kerana hanya memendam rasa, tapi itulah yang terbaik demi hubungan sebuah persahabatan.

Mungkinkah kembali kepada blog?

aku mempertimbangkan.....

Salam Aidilfitri

bukan mudah

salam satu malaysia,
waaaa da lame ak x menulis disini.
arinie aku rase amat segar kerana
tugas2 ku sudah hampir ke penghujungnya...
biar ape pon orang nak kate
aku da wat yang terbaik....

perasaan arinie amat gembira
kerana .....
dan kini sudah terbukti
aku tidak bersalah dalam hal ini ( hal ape? itu pk2 sendiri)
kalau da mmg perangai seseoarang itu begitu
mmg mcm tue je la...

bukan aku yang x pandai jage
tetapi mmg perangainya begitu...

so skrg nie kite akan luruskan kembali niat kte ke UniMAP
cemerlang dlm pelajaran.
moga2 sem nie boleh anugerah dekan...
moga2 LI pada bulan 12 nie gempak...

ok la nnt kte stori2 lagi...

FESKO 4





waaaaaaa lega rasanya FESKO 4 da abis. tugasan ku sebagai pengurus biro protokol & sambutan selesai.... mmg pengalaman yang hebat.... jumpe macam2 orang..
hehehheheehe

pengalaman paling best ialah bila jd LO artis... kte igtkan, kte nie mcm susah la nak jumpe artis2 nie tapi so far ok la... diorang nie x sombong pun.time aku jadi LO zahid AF2 , die mmg sempoi. siap nek moto skali ngn aku tue hahahahhaha.....

kepada semua seketeriat FESKO 4 , korang mmg enjoyable la. tq kepada semua yang membantu menjayakan festival ini. takda korang x da la aku jugak ....

untuk yang berminat untuk join rocket parachute nnt kte wat pertandingan terbuka unimap k?? aku nak wat kelab jugak tapi dengan sokongna korang n bantuan je r aku dapat kan tubuh kelab ini. hopefully sume ini menjadi kenyataan.....



IM BACK to be blogger