Kini aku baru saja menamatkan konvesyen kebangsaan majlis perwakilan pelajar malaysia. satu pengalaman yang cukup hebat berdepan dengan satu kelompok mahasiswa yang cukup idealis dan intelekual yang amat tinggi. agak sukar untuk bersama golongan-golongan yang cukup berpegang atas prinsip yang mereka jelmakan dan mereka popularkan. pada aku ini bukan satu misi mudah untuk menjadi pemimpin di kalangan mahasiswa universiti tetapi ianya merupakan satu agenda nasional dan bangsa yang perlu kita sama-sama hayati dan selami. kepelbagaian dalam sistem pengurusan universiti menjadikan keunikan kepada setiap badan-badan pelajar ini. aku amat mengerti susah payah menjadi pemimpin. satu ketika dahulu aku pernah menjadi orang yang berada di atas dan pernah juga menjadi pengikut. organisasi yang kuat bukan kerana ketuanya saja, tetapi sejauh mana pengikut-pengikut melaksanakan tindakan merupakan kunci utama. ketua merupakan satu tanggungjawab yang besar dalam memurnikan badan tersebut, tetapi orang bawahan inilah yang akan mengerakkan agenda organisasi dalam mencapai misi dan visi yang ditetapkan.
aku amat gembira kerana mempunyai satu peluang untuk berada disini.mungkin bukan ada pendapat mengatakan kini bukan masa untuk belajar tetapi masa untuk memimpin, tetapi kita perlu ingat belajar sambil memimpin itu lebih baik. harapan yang ingin aku jelmakan berusaha bersama2 dalam mencapai satu impian yang satu
0 comments:
Post a Comment