Modal Cinta

14 jun- sejauh manakah keintelektualan mahasiswa hari ini?

semalam , KOSMO! memaparkan artikel bertajuk ' MPP salahkan sikap mahasiswa'. Tajuk akhbar ini berkaitan dengan perbelanjaan wang PTPTN yang diberikan. Hari ini, seorang pemimpin negara mengaitkan perbelanjaan wang PTPTN yang diberikan banyak digunakan untuk menjana cinta sesama rakan kuliah. 'Modal cinta' ini dikatakan faktor utama mahasiswa tidak dapat membelanjakan wang pinjaman mereka dengan baik.

Pada aku soal cinta tidak sepatutnya dijadikan alasan. Sikap mahasiswa itu sendiri dalam membelanjakan wang pinjaman perlulah berada dilandasan yang betul. Kita perlu ingat wang yang dipinjamkan kepada kita merupakan 'amanah' rakyat Malaysia kepada kita. Amanah ini diberikan dalam meningkatkan golongan profesional dikalangan rakyat Malaysia serta menjana ekonomi negara yang lebih mantap. Pembelian barang peribadi yang semata-mata bertuhankan nafsu itu perlulah dihentikan. Gunakanlah wang itu sebaik mungkin supaya kejayaan yang lahir satu hari nanti benar2 unggul.

Sikap 15000 graduan yang mengambil sikap lepas tangan dalam melakukan proses pembayaran balik pinjaman harus dikenakan tindakan yang berat. Ramai lagi anak-anak muda yang memerlukan bantuan kewangan pendidikan dan kita perlulah bersikap jujur setelah berjaya di menara gading. Angka 15000 graduan ini menunjukkan universiti gagal menanam satu sifat peribadi unggul kepada mereka.

Minda mahasiswa perlukan satu evolusi yang hebat dalam memastikan keunggulan mahasiswa dapat diteruskan. Moga permulaan semester baru akan menjadi satu titik permulaan baru bagi era perubahan mahasiswa.

Fikir-fikirkanlah, bukalah minda.

3 comments:

pka said...

oopppssss....

neuron_error said...

ape yg opsss

pka said...

saje nk ooppss2..

Post a Comment